Pedulik Hape Aku

Khalid akui guna wang kerajaan

Januari 23, 2009 · Tinggalkan Komen

LETIH LA MB AKU NIH. ARI TUH KATE TAK TAU. PAS TU BILA ADA SURAT MENGAKU TAU N KATE TU SEDEKAH. SEDEKAH PAKAI DUIT SENDIRIK LA. APSAL PAKAI DUIT SYARIKAT- TU DUIT RAKYAT LA BODO… SPRM TANGKAPPPPPP!!!
SHAH ALAM 23 Jan. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengakui menggunakan wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 bagi membeli 46 ekor lembu untuk diagihkan ke kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Bagaimanapun beliau menafikan perbuatan tersebut sebagai satu penyelewengan sebaliknya ia adalah satu amal jariah.

“Saya bagi sedekah saja, kalau sedekah pun penyelewengan tak tahu saya nak buat apa,” katanya ketika diminta mengulas isu pembelian lembu tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Kemiskinan untuk Rakyat Palestin di Gaza oleh Lembaga Zakat Selangor kepada Yayasan Amal Selangor yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini menafikan beliau mengetahui tentang pembelian lembu tersebut yang menggunakan wang kerajaan negeri.

Rabu lalu, Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak Malaysia) membuat laporan dengan SPRM berhubung dakwaan kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu untuk ibadah korban baru-baru ini.

Menurut Gerak, penggunaan wang kerajaan negeri bagi disalurkan ke kawasan Parlimen di luar Negeri Selangor itu tidak sepatutnya berlaku.

Ditanya desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya beliau melepaskan jawatan sehingga siasatan SPRM berkaitan dakwaan penyelewengan itu selesai, Abdul Khalid berkata, perkara tersebut bukanlah satu isu.

Beliau sebaliknya menyelar kenyataan Mohamad Khir kelmarin yang mahu kerajaan negeri lebih telus dalam semua perkara.

“Dia kata kerajaan negeri tidak telus tetapi saya rasa ia salah kerana dia pun boleh dapat dokumen daripada pejabat negeri.

“Ini menunjukkan ketelusan kerajaan negeri dalam setiap kerja yang dilakukan,” tambahnya.

→ Leave a CommentKategori: Uncategorized

Khalid dakwa turun padang buang masa

September 6, 2008 · Tinggalkan Komen

06/09/2008 3:20pm

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.

“Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini. – Utusan

YA TAN SRI MELIHAT ORANG MARHAEN SEPERTI KAMI MEMANG BUANG MASA… INILAH WAJAH SEBENAR PEMIMPIN MACAM TAN SRI DAN WAJAH SEBENAR PKR…

→ Leave a CommentKategori: Uncategorized

DUE KALI LIME?

Jun 23, 2008 · Tinggalkan Komen

aik ape dah jadi? baru tak sampai 100 hari kat opis dah buat perangai? masalah kalau kalah dengan ‘kuasa’ nih. malas nak komen… bace jek la
>rockybru ada citer ngan gambar kat sini

MB’s aide suspended for ‘fixing’ cleaning contracts

By WANI MUTHIAH

KLANG: A senior aide to Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who landed in hot soup recently for allegedly facilitating the approval of several cleaning contracts has been suspended from work.

Khalid told a media conference at the state secretariat here that the aide had been suspended for two months.

The aide was hauled-up by the ACA earlier this month for allegedly being involved in the approval of contracts for cleaning and garbage collection in Petaling Jaya.

The probe began last week after several people claiming to be PKR members lodged a report against the officer, alleging that there were irregularities in the approval of the contracts.

Khalid said the officer would be asked to come back to work if he was cleared of the allegations -thestar

→ Leave a CommentKategori: Uncategorized

Jangan Janji

Jun 19, 2008 · Tinggalkan Komen

ada sorang kawan masa pilihanraya lepas tanya aku, “bang, manifesto tu hape?” aku jawab la… “cakap mudahnya manifesto tuh janji la “oooo, apsal manifesto BN nih macam lain? aku tengok manifesto pembangkang senang jek”. tu yang payah nak jawab… aku diam jek la… dalam hati aku… macam nak meminang la… kadang-kadang ada orang berkias-kias, berpantun-pantun ada orang plak main terjah jek, itu masing-masing la… eh macam nak lari topik pulak dah. heheh…

citer pasal janji, aku sebagai budak selangor seronok la gak nak tunggu air pree nih… rm11.40 tuh walaupun jumlahnya sikit tapi syok gak kalau dapat tak payah bayar. tapi pepagi buta aku terkejut bila bace:

Teruskan membaca →

→ Leave a CommentKategori: Uncategorized

SAPP Mengejutkan Malaysia

Jun 18, 2008 · Tinggalkan Komen

Kejutan demi kejutan berlaku sejak ‘tsunami politik’ yang menggegarkan negara selepas pilihanraya ke 12 yang berlangsung pada Mac lalu. saya tidak berniat untuk mengenang kembali kisah demi kisah demi kisah itu kerana ini adalah posting yang julung-julung kalinya diterbitkan di budakselangor.wordpress.com ini. sesuai dengan keadaannya sebagai yang pertama kali, saya ambil berita terbaru yang menggemparkan walaupun sebenarnya di kalangan bloggers lain termasuk portal berita www.agendadaily.com telah lama menelahnya.

keluarnya kenyataan presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pada petang 18 Jun 2008 saya anggap satu kemuncak baru dalam ketidaktentuan politik negara. kenyataan beliau yang menyatakan bahawa dua ahli parlimen SAPP akan mengundi tidak percaya kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri merupakan antara telahan-telahan rakan-rakan di blogosphere. seperti yang diteka, Datuk Yong membayangkan bahawa partinya mungkin akan membentuk pakatan bebas kerana tidak akan bergantung dengan pakatan rakyat dalam perjuangannya. laporan berita harian online disini.

Ada yang berpendapat ini menguatkan bukti kenyataan penasihat PKR, Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi PM semakin dekat. apatah lagi baru semalam atau kelmarin Khairy Jamaluddin mencabar beliau untuk letak jawatan jika selepas 16 september Anwar masih tidak dapat menjadi PM. kenyataan SAPP ini adalah amaran atau kad-kad awal yang dibuka oleh Anwar sebelum membuka kad yang lebih besar.

tindakan SAPP ini bagi saya sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. seperti biasa dalam sejarah mana-mana empayar, negara, komuniti asalkan ada manusia, mereka yang menangguk di air keruh sememangnya biasa. tindakan ini bagi saya hanya satu tindakan ‘menghero’kan diri. SAPP bukanlah satu parti yang besar. kejayaan Yong Teck Lee memegang jawatan sebagai ketua menteri sabah beberapa ketika dahuu hanya kerana semangat muhibbah dan janji BN kepada komponennya di Sabah. oleh itu dalam keadaan ‘tiada apa-apa’ yong cuba menjadi ‘hero’ mana tahu jika tindakan ini tepat dan beliau boleh diberi ganjaran besar.

tindakan beliau yang seolahnya membela Sabah saya lihat sebagai satu tindakan politik yang tidak berapa ‘pandai’. mungkin beliau beranggapan penduduk Sabah masih lagi tidak pandai seperti dahulu. malangnya beliau tersilap. rakyat Sabah pandai dalam membezakan mana benar mana salah.

secara moralnya, tindakan beliau adalah sesuatu yang amat tidak wajar dilakukan. dalam keadaan BN dan kepimpinannya menghadapi krisis, beliau mengugut. tidak mustahil sebenarnya apa yang dikatakan Pak Lah bahawa Yong tamak adalah benar.

ah…. malasla nak pikir…. nanti tunggu esok susulan berita nih. lagipun saya terpikir nak buat posting pasal selangor pulak… eh dah seratus hari la….. ok ke? Tunggu…..

→ Leave a CommentKategori: Uncategorized